Saturday, 24 March 2012

Tentera Tanah Liat



Terracotta Army yang dijumpai pada tahun 1974 oleh sekumpulan petani di bahagian timur Xi'an, wilayah Shaanxi telah menarik minat ramai pengkaji sejarah dari seluruh dunia. Terracotta adalah sejenis tanah liat yang berwarna coklat kemerah-merahan. Mungkin ramai yang mushkil akan kewujudan patung tentera ini. Patung tentera ini dibina ketika pemerintahan Maharaja Cina yang pertama iaitu Qin Shi Huang (210-209 SM).

Tujuan ukiran tersebut adalah untuk melindungi maharaja selepas meninggal dunia. Malah ukiran tentera tersebut juga dibina untuk memastikan bahawa maharaja mereka mempunyai rakyat untuk diperintah selepas kematiannya.


Kesemua ukiran tersebut ditanam bersama-sama dengan makam Maharaja Qin Shi Huang yang terletak di kaki Gunung Li. Setakat ini jumlah 'tentera' tersebut melebihi 8000 di samping 130 buah kereta kuda, 520 ekor kuda dan 150 kuda perang. Selain daripada ukiran tentera, terdapat juga ukiran seperti para pegawai ahli akrobatik dan pemuzik. Namun apa yang menariknya adalah setiap ukiran tersebut dibuat dengan menggunakan kemahiran tangan 100%!


Bukan itu sahaja, ukiran tentera tersebut bersaiz manusia sebenar dan mempunyai ketinggian, pakaian seragan dan gaya rambut yang berbeza mengikut pangkat masing-masing. Sebenarnya, setiap ukiran tersebut dicat dengan pelbagai warna dan kebanyakan senjata yang dipasang pada ukiran tersebut adalah senjata sebenar.


Bahagian-bahagian ukiran tersebut dilakukan secara berasingan. Bahagian kepala, badan, kaki dan tangan diukir di tempat yang berbeza. Kemudian, bahagian tersebut dipasang untuk menyiapkan 'tentera' tersebut.