Sunday, 29 April 2012

TAPAK WARISAN DUNIA

KOTA LARANGAN,BEIJING

Assalamualaikum,
saya harap para pembaca blog ni sihat walafiat!
Kali ni saya ingin berkongsi tentang Kota Larangan yang sangat menarik terutamanya seni bina istana tersebut.



Pada mulanya,saya ingin bercerita tentang sejarah kota ini.
  • Kota ini dibina pada 1406 hingga 1420
  • Mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8707 buah bilik.
  • Luas kota ini adalah 720 000 meter persegi
  • Kota ini dilingkari oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter

Kota Larangan ini adalah istana rasmi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing.

Kota ini terletak ditengah-tengah kota Beijing yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.


Terdapat tiga dewan besar iaitu Dewan Taihe, Dewan Zhonghe dan Dewan Baohe merupakan bangunan yang paling menarik perhatian pelawat di Kota Larangan Beijing. Ketiga-tiga dewan besar itu merupakan tempat maharaja menjalankan pentadbiran dan mengadakan upacara yang penting.  

Kota Larangan terbahagi kepada beberapa perkarangan.

  • Bahagian hadapan kota tersebut terdapat lima jambatan marmar melintasi sungai dikenali sebagai Golden Water.

 Golden Water

Jambatan ditengah-tengah adalah hanya untuk maharaja, di sebelahnya adalah untuk permaisuri dan diikuti dengan pembesar-pembesar istana. Jambatan paling tepi adalah untuk mereka yang berpangkat paling rendah.


  • Balairung seri maharaja (Hall of Supreme Harmony) terletak di bahagian tengah kota ini.

 Hall of Supreme Harmony

Singa ini terletak di hadapan dewan balairung,melambangkan kuasa maharaja dan kegagahan istana diraja


Pintu dalam kompleks bangunan kota ini terdapat 81 (9*9) butang perhiasan. Angka sembilan dianggap angka yang terbesar, dan melambangkan kuasa tertinggi maharaja.


 The Pavillion of a Thousands Autumns

Kota Larangan Beijing sudah berusia lebih 580 tahun. Demi melindungi bangunan purba yang hebat ini, kerajaan China mengadakan pemuliharaan selangkah demi selangkah terhadap Kota Larangan Beijing mulai tahun 2003. Difahamkan, projek pemuliharaan tersebut akan dilaksanakan selama 20 tahun.





Sekian.

Friday, 20 April 2012

 ISLAM DI CHINA

Agama Islam telah wujud di China sejak zaman Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.,iaitu Sa'ad ibn Abi Waqqas telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong    pada 650 M. 

Maharaja itu menyamakan antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar-saudagar Arab dan Parsi.


Masjid Agung Xi'an,salah satu masjid tertua di China

Bentuk kaligrafi Islam,Sini telah berkembang dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini. Ia digunakan secara meluas di masjid-masjid di China timur.

Halal dalam bahasa Cina adalah qingzhen manakala makanan halal adalah qingzhen cai memang mudah untuk didapati di sini. Jika umat Islam mahu melawat ke negara China ini, anda tidak perlu risau tentang makanan halal kerana terdapat banyak restoran yang menjual makanan halal di sini terutamanya di Niujie Street dalam daerah Xuanwu. Daerah Xuanwu memang terkenal sebagai kawasan komuniti Islam paling besar di Beijing.

 Antara makanan halal yang boleh didapati di China:-

Steambot boleh didapati di Donglaishun


Dim Sum boleh didapati di Kun Ming


Orang Islam yang masyhur di China ialah:-
  • Zheng He,ahli marin dan penjelajah
  • Bai Chongxi,jeneral tentera republik China 
  • Yusuf Ma Dexin,juru penterjemahan pertama al-Quran ke dalam bahasa Cina
 

 ~sekian untuk perkongsian kali ini~
semoga dapat menambah pengetahuan!








Thursday, 19 April 2012

ONE WORLD ONE DREAM

Sarang Burung!


Assalamualaikum semua,
Kali ini saya ingin berkongsi pula tentang Stadium Nasional Beijing atau Sarang Burung yang dibina di Beijing,China.

 pemandangan dari arah selatan stadium(Wikipedia)

Stadium ini dibina untuk menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk sukan Olimpik, majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Stadium ini terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.

Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 billion yuan(RM1.3billion)!

Stadium ini boleh menampung sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. 

Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air.
 

 pemandangan luar stadium


 pemandangan dalam stadium

Wah!memang mempersonakan,saya teringin nak pergi tengok sendiri stadium ni. Seni bina stadium ini sangat cantik dan tidak hairan mengapa stadium ini megambil masa selama empat tahun untuk disiapkan.


Dari luar stadium ini, kita dapat lihat kecanggihan dan keunikan binaannya manakala di dalam stadium pula penuh dengan kesenian yang melambangkan warisan kebudayaan yang diabadikan bersama arus pembangunan.


Daripada tombol pintu bilik tetamu stimewa yang bersalut kulit telur dan daun pintu yang bersalut kulit peluru, hinggalah kepada dekorasi di dinding dan siling bilik-biliknya. Lukisan-lukisan dan corak bermotif keindahan alam semulajadi dan kebudayaan tradisi menghiasi dinding-dinding bilik ini.


hiasan burung di pintu bilik



Antara pemandangan ketika majlis perasmian Sukan Olimpik:-







Bunga api berbentuk bunga merah mekar yang mewarnai suasana malam ketika perasmian Sukan Olimpik melambangkan bahawa China telah memaparkan kekayaan sejarahnya kepada dunia.



persembahan perasmian


Sekian sahaja perkongsian untuk tika ini,
~semoga jumpa lagi~


Friday, 6 April 2012

Antara 7 keajaiban dunia!


Salam semua!

Lepas tengok "Running Man in China" terdetik pulak nak tahu tentang Tembok Besar China nie...  


 Alkisah,Tembok Besar China ni adalah satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 semasa Dinasti Ming.
  • untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik.
Panjang tembok ini adalah kira-kira 6,400 km.Macam mana la mereka boleh bina tembok sepanjang ni ye???



  • Tembok besar pertama dibina semasa pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. 

  • Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang.

Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.


Jadi,kerajaan masa tu arahkan para petani membina tembok dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.Kesian para petani tu....


Sebenarnya Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming.

  • Bahagian dalam tembok berisi tanah,bercampur dengan batu-batan.Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. 

Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara. 

 


Walaupun ada matahari,salji tetap turun di Tembok Besar China ni.