Friday, 20 April 2012

 ISLAM DI CHINA

Agama Islam telah wujud di China sejak zaman Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.,iaitu Sa'ad ibn Abi Waqqas telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong    pada 650 M. 

Maharaja itu menyamakan antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar-saudagar Arab dan Parsi.


Masjid Agung Xi'an,salah satu masjid tertua di China

Bentuk kaligrafi Islam,Sini telah berkembang dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini. Ia digunakan secara meluas di masjid-masjid di China timur.

Halal dalam bahasa Cina adalah qingzhen manakala makanan halal adalah qingzhen cai memang mudah untuk didapati di sini. Jika umat Islam mahu melawat ke negara China ini, anda tidak perlu risau tentang makanan halal kerana terdapat banyak restoran yang menjual makanan halal di sini terutamanya di Niujie Street dalam daerah Xuanwu. Daerah Xuanwu memang terkenal sebagai kawasan komuniti Islam paling besar di Beijing.

 Antara makanan halal yang boleh didapati di China:-

Steambot boleh didapati di Donglaishun


Dim Sum boleh didapati di Kun Ming


Orang Islam yang masyhur di China ialah:-
  • Zheng He,ahli marin dan penjelajah
  • Bai Chongxi,jeneral tentera republik China 
  • Yusuf Ma Dexin,juru penterjemahan pertama al-Quran ke dalam bahasa Cina
 

 ~sekian untuk perkongsian kali ini~
semoga dapat menambah pengetahuan!








No comments:

Post a Comment