Sunday, 29 April 2012

TAPAK WARISAN DUNIA

KOTA LARANGAN,BEIJING

Assalamualaikum,
saya harap para pembaca blog ni sihat walafiat!
Kali ni saya ingin berkongsi tentang Kota Larangan yang sangat menarik terutamanya seni bina istana tersebut.



Pada mulanya,saya ingin bercerita tentang sejarah kota ini.
  • Kota ini dibina pada 1406 hingga 1420
  • Mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8707 buah bilik.
  • Luas kota ini adalah 720 000 meter persegi
  • Kota ini dilingkari oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter

Kota Larangan ini adalah istana rasmi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing.

Kota ini terletak ditengah-tengah kota Beijing yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.


Terdapat tiga dewan besar iaitu Dewan Taihe, Dewan Zhonghe dan Dewan Baohe merupakan bangunan yang paling menarik perhatian pelawat di Kota Larangan Beijing. Ketiga-tiga dewan besar itu merupakan tempat maharaja menjalankan pentadbiran dan mengadakan upacara yang penting.  

Kota Larangan terbahagi kepada beberapa perkarangan.

  • Bahagian hadapan kota tersebut terdapat lima jambatan marmar melintasi sungai dikenali sebagai Golden Water.

 Golden Water

Jambatan ditengah-tengah adalah hanya untuk maharaja, di sebelahnya adalah untuk permaisuri dan diikuti dengan pembesar-pembesar istana. Jambatan paling tepi adalah untuk mereka yang berpangkat paling rendah.


  • Balairung seri maharaja (Hall of Supreme Harmony) terletak di bahagian tengah kota ini.

 Hall of Supreme Harmony

Singa ini terletak di hadapan dewan balairung,melambangkan kuasa maharaja dan kegagahan istana diraja


Pintu dalam kompleks bangunan kota ini terdapat 81 (9*9) butang perhiasan. Angka sembilan dianggap angka yang terbesar, dan melambangkan kuasa tertinggi maharaja.


 The Pavillion of a Thousands Autumns

Kota Larangan Beijing sudah berusia lebih 580 tahun. Demi melindungi bangunan purba yang hebat ini, kerajaan China mengadakan pemuliharaan selangkah demi selangkah terhadap Kota Larangan Beijing mulai tahun 2003. Difahamkan, projek pemuliharaan tersebut akan dilaksanakan selama 20 tahun.





Sekian.

No comments:

Post a Comment