Antara 7 keajaiban dunia!
Salam semua!
Alkisah,Tembok Besar China ni adalah satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 semasa Dinasti Ming.
- untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik.
Panjang tembok ini adalah kira-kira 6,400 km.Macam mana la mereka boleh bina tembok sepanjang ni ye???
- Tembok besar pertama dibina semasa pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin.
- Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang.
Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Jadi,kerajaan masa tu arahkan para petani membina tembok dan ramai
yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang
di Bumi'.Kesian para petani tu....
Sebenarnya Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming.
- Bahagian dalam tembok berisi tanah,bercampur dengan batu-batan.Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama.
Fungsi utama tembok ini ialah untuk
menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Walaupun ada matahari,salji tetap turun di Tembok Besar China ni.


No comments:
Post a Comment