Thursday, 19 April 2012

ONE WORLD ONE DREAM

Sarang Burung!


Assalamualaikum semua,
Kali ini saya ingin berkongsi pula tentang Stadium Nasional Beijing atau Sarang Burung yang dibina di Beijing,China.

 pemandangan dari arah selatan stadium(Wikipedia)

Stadium ini dibina untuk menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk sukan Olimpik, majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Stadium ini terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.

Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 billion yuan(RM1.3billion)!

Stadium ini boleh menampung sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. 

Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air.
 

 pemandangan luar stadium


 pemandangan dalam stadium

Wah!memang mempersonakan,saya teringin nak pergi tengok sendiri stadium ni. Seni bina stadium ini sangat cantik dan tidak hairan mengapa stadium ini megambil masa selama empat tahun untuk disiapkan.


Dari luar stadium ini, kita dapat lihat kecanggihan dan keunikan binaannya manakala di dalam stadium pula penuh dengan kesenian yang melambangkan warisan kebudayaan yang diabadikan bersama arus pembangunan.


Daripada tombol pintu bilik tetamu stimewa yang bersalut kulit telur dan daun pintu yang bersalut kulit peluru, hinggalah kepada dekorasi di dinding dan siling bilik-biliknya. Lukisan-lukisan dan corak bermotif keindahan alam semulajadi dan kebudayaan tradisi menghiasi dinding-dinding bilik ini.


hiasan burung di pintu bilik



Antara pemandangan ketika majlis perasmian Sukan Olimpik:-







Bunga api berbentuk bunga merah mekar yang mewarnai suasana malam ketika perasmian Sukan Olimpik melambangkan bahawa China telah memaparkan kekayaan sejarahnya kepada dunia.



persembahan perasmian


Sekian sahaja perkongsian untuk tika ini,
~semoga jumpa lagi~


No comments:

Post a Comment